Hi korang,
Saya selalu edit kawasan KL, and one thing keeps coming up: macam mana nak tag blok untuk flat, PPR dan apartment. Tak jumpa convention dalam forum/wiki Malaysia, jadi nak tanya pendapat.
Standard rasmi dah ada: MS 2039:2006
MS 2039:2006 — Addresses: Standard format requirements (Jabatan Standard Malaysia), seksyen 4.7. Contoh yang sama ada dalam dokumen awam UPU S42 Malaysia, yang based on standard ni. Format unit dalam bangunan bertingkat:
X-Y-Z, <Nama Bangunan>
X = blok, Y = tingkat, Z = nombor unit
Contoh dari standard (Table 7):
| No 5, Tingkat 7 Blok A1, Pangsapuri Kelana Kelana Jaya 47300 Petaling Jaya |
A1-7-5, Pangsapuri Kelana Kelana Jaya 47300 Petaling Jaya |
Flat awam pun sama format: 2-2-10, Flat Sri Kelantan (seksyen 5.2.2).
MCMC punya Sistem Alamat Nasional (NAS) (pilot 2026, full 2027) pun aligned dengan MS 2039. So format ni memang arah yang kerajaan pakai.
Situasi dalam OSM sekarang (KL, Sep 2026)
Rojak sikit:
| Cara tag | Jumlah (KL) | Contoh |
|---|---|---|
name=Blok … |
442 | w28287704 |
addr:housename=Blok … |
25 | w616692702 |
building=apartments/residential + ref |
285 | — |
↳ ref sahaja (takde name / housename / housenumber) |
150 | w144865065 |
Masalah dengan Nominatim
Saya test:
name=Blok A→ keluar dalam search
addr:housename=...→ keluar sebagai nama bangunan dalam address
refsahaja → tak di-index langsung
(w144865065 lookup kosong)
Nominatim hanya index building kalau ada name, addr:housename atau addr:housenumber. ref cuma “extra name”. Jadi 150 blok tu memang tak boleh dicari.
Tapi bila ref + addr:housename ada sekali, ref jadi searchable dan jadi display name:
| Way | Tags | Result |
|---|---|---|
| w433812959 | ref=A5 + addr:housename=Menara Kencana Petroleum |
Display: "A5, The Square, Solaris Dutamas…" |
search A5 Menara Kencana Petroleum |
rank 1 |
|
search Menara Kencana Petroleum |
rank 1 |
Cadangan: satu scheme untuk semua (flat, PPR, apartment, kondo)
Sebab MS 2039 guna format sama untuk semua, tak perlu bezakan berpagar ke tak.
Kawasan complex:
landuse=residential
name=Pangsapuri Kelana
Setiap blok:
building=apartments
ref=A1 ← "X" dalam X-Y-Z
addr:housename=Pangsapuri Kelana ← nama bangunan dalam alamat
addr:street=Jalan … ← kalau alamat rasmi ada jalan
addr:postcode=47300
ref= kod blok, sama macam dalam alamat rasmi (A1, bukan “Blok A1”).- Kalau
refsentiasa kod bare (A1, bukan “Blok A1”), alamat MS 2039 macamA1-7-5, Pangsapuri Kelanaboleh terus di-match ke blok. Senang untuk mana-mana geocoder / app, bukan Nominatim je. addr:housenamebuat blok tu di-index Nominatim, danrefjadi searchable (“A1 Pangsapuri Kelana”).- Address
addr:*duplicate kat setiap blok supaya setiap satu boleh dicari. - Unit (
A1-7-5) tak perlu map, cukup sampai level blok. - Elak
addr:place+place=neighbourhooduntuk nama complex. Thread Taman perumahan pun cakapplace=*sorang-sorang boleh rosakkan address.
Blok bernama (contoh Blok Kenanga, Blok Melor). MS 2039 sendiri bagi contoh Melor-6-2, Pangsapuri Impian, jadi nama blok tu la “X”:
building=apartments
ref=Kenanga
name=Blok Kenanga ← kalau papan tanda memang tulis macam ni
addr:housename=Pangsapuri Impian
name ok untuk blok bernama sebab tu nama betul, bukan kod. Untuk A1/B2, ref je.
Soalan
- Setuju tak guna MS 2039 sebagai basis? Ada local practice yang saya miss?
name=Blok A1yang dah ada (442): biar je, atau pindah keref+addr:housename? (Blok bernama macam Blok Kenanga kekalname.) Tak nak mass-edit tanpa consensus.
Terima kasih! ![]()
