Apa-apa jalan tetap kena guna tag jalan. highway=path pun ok dah tu. Nak letak bumbung pun OK, building=roof. Cuma kena ubah sikit building=roof tu tambah layer=1.
(Maaf, cakap siang-siang, tak reti leeeeee nak buat bangunan 3D dalam OSM ni)
rumah sebiji2/berkembar
Untuk sebiji bangunan banyak alamat tu kena rujuk wiki.
Untuk situasi 1, cara paling best pada hemat baginda ialah dengan gunakan satu empat segi panjang untuk mewakili blok rumah tersebut. tagging contoh ialah building = terrace, building:levels = 2. Lepas tu gunakan node untuk alamat setiap nombor rumah. Kalau dalam JOSM, node2 tersebut tak perlu susun cantik2 pun sebab ada function untuk meluruskan barisan node2 tersebut, dan ada function untuk bagi jarak node tu sama rata. Letak node pertama kat rumah hujung sini, dan letak node terakhir kat hujung sinun. Jalan2kan kedua-dua function ni dan semua jadik comel.
Situasi 1 version 2 yang dahulunya aku rajin buat ialah menggunakan terracer plugin dalam JOSM. Yang ni memang sempoi, tandakan blok teres, bagitau berapa rumah ada dalam blok, bagitau no rumah paling kecil (nak selang satu ataupun 2 nombor pun boleh set). Tapi bila fikirkan saiz fail map osmand utk Malaysia sekarang ni dah dekat 250MB, aku guna stail pertama untuk (kononnya:lol:) kekalkan supaya fail size maintain kecik. Bayangkan berapa banyak beza jumlah node dah polygon antara kedua-dua stail addressing ni.
Situasi 2 adalah straight forward. Kita buat segi-empat dan tag building=house berserta dengan segala butiran yang diperlukan.
Dengan adanya foto daripada usaha Kaart dalam mapillary, macam2 no rumah boleh diisi sekarang ni.
Saya baru nak edit kembali satelah lama tak edit. Akaun dulu edit zaman 2006 sebelum ada hires Bing satellite imagery lagi. Akaun sekarang ni dari 2017 tapi belum buat apa2 edit lagi.
*Mmm … my last message here was not posted for some reason. Reposting it. *
Salam Kucai dan OSM Editor Malaysia yang lain.
Saya baru nak edit kembali satelah lama tak edit. Akaun dulu, edit zaman 2006 sebelum ada hires Bing satellite imagery lagi. Akaun sekarang ni dari 2017 tapi baru nak mula edit.
Sekarang ini dah warga emas dok fikir nak edit pedestrian path pulak kut. Baru lah dok baca Guidelines_for_pedestrian_navigation dan sewaktu dengannya. Kalau ada yang minat edit pedestrian path di Klang Valley, harap dapat bantu.
Sangkut dalam penapis… maaf, tak perasan pulak awal-awal. Insya Allah kalau tak naik, maklumkan kat moderator - saya dengan user:kucai. PM tepi dalam OSM.org. Apa-apapun, kalau ada apa-apa nak tanya, jemput-jemput buka meja (topik) baru pasal lorong jalan kaki.
**Tip ke 12 (hehe… selang setahun tambah tip)
**
Meletakkan sumber nama (source:name)
Perkara ini mula menjadi penting semenjak banyaknya penambahan nama daripada segala jenis mapper. Dan tak syak lagi, banyak juga nama yang copy paste dari google sebab bila dibuat ground survey, kita dapati nama sebenar adalah berbeza.
Ada berbagai jenis source:name
koordinit gps - yang ni paling senang. Orang boleh pergi kat gps ni, tengok ada papan tanda ke apa ke. Nak tengok dalam mapillary ataupun kartaview pun senang. Ada yang letak link kepada foto mapillary/kartaview. Koordinit ni boleh aja kita ambik dari dalam peta (JOSM - shift-ctrl-C) dan pastekan waktu kita tambah tagging.
survey
local knowledge.
etc seperti dokumen rasmi
Cadangan aku ialah supaya jenis 2 dan 3 diupgradekan kepada 1. Ini kerana no 2 dan 3 ni pernah dijadikan jawapan standard bila kita challenge penyumbang tersebut tentang asal-usul nama yang dia letakkan dalam peta. Sedangkan kita curiga/kagum/terkesima/takjub bagaimana dia seorang boleh hafal sekian banyak nama jalan di berbagai tempat serata semenanjung!
Nombor 4 tu dia masuk kategori warna kelabu. Tak putih, tak hitam. Jadi, awas… lainlah kalau terang-terang dah kata “takde hak cipta/tak perlu minta kebenaran” dan seumpamanya. Senang cerita kalau anda bukan seorang peguam atau ada ijazah dalam bidang perundangan, dan bahasa perundangan ni macam dialek makhluk asing planet Namek… elakkan. Paling ringan abam/akak Data Working Group delete seketul-seketul. Paling teruk kalau-kalau kena panggil naik mahkamah luar Malaysia. Terbang fulus.