Macam mana nak tag masjid, surau, surau jumaat, dan musolla?

Assalamualaikum dan Hi. Saya saja tambah data Masjid/Surau. Saya perasan ada empat jenis tempat solat yang berbeza tapi dalam OSM sekarang semuanya dicampur aduk.

Empat jenis:

  1. Masjid - bangunan sendiri, ada solat Jumaat, pengurusan penuh

  2. Surau - bangunan sendiri, ada jamaah tetap, ada nama, berdaftar jabatan agama negeri, tapi bukan masjid, tak boleh solat jumaat

  3. Surau Solat Jumaat - surau biasa tapi dapat kebenaran JAIS untuk solat Jumaat

  4. Musolla - ruang solat dalam mall, stesen minyak, pejabat, hospital. Tiada nama rasmi, bukan bangunan sendiri. Kalau ikut definition JAIS

“musolla/ مصلى“, ertinya suatu premis yang berkeluasan minimum 10’ x 10’ selain masjid dan surauyang digunakan untuk sembahyangdan kegiatan-kegiatan yang disuruh, disyorkan atau dibenarkan oleh agama Islam dan penggunaannya sebagai yang sedemikian telah dibenarkan oleh Majlis

macam mana korang tag keempat-empat ni? Ada ke konvensyen yang dah dipersetujui untuk Malaysia? Atau masing-masing buat ikut suka?

Cadangan saya:

Jika masjid ada plot tanah:

  • amenity=place_of_worship (pada plot tanah)
  • religion=muslim (pada plot tanah)
  • place_of_worship=mosque (pada plot tanah; walaupun tidak ditulis dalam OSM wiki, tetapi dipakai - lihat taginfo)
  • name=* (pada plot tanah)
  • building=mosque (pada bangunan)

Jika masjid tiada plot tanah:

  • amenity=place_of_worship (pada bangunan)
  • religion=muslim (pada bangunan)
  • place_of_worship=mosque (pada bangunan)
  • name=* (pada bangunan)
  • building=mosque (pada bangunan)

Definasi MAIS (surau=diwakafkan kpd MAIS; musolla=tidak diwakafkan) mungkin akan menimbul banyak kekeliruan sebab:

  1. Surau = bahasa Melayu; musolla=bahasa Arab. Untuk kebanyakan orang, maksudnya adalah sama. Tempat2 sembahyang dalam shopping complex semuanya ditanda “surau” dan jarang dilabel “musolla”. Dan OSM “rule of thumb” adalah “ground truth”.
  2. Garis panduan ini diterbitkan oleh MAIS untuk negeri Selangor. Adakah negeri-negeri lain mengikuti garis panduan yang sama?

Walaubagaimanapun, cadangan saya macam mana tagging mengikuti garispanduan MAIS:

Jika surau yang diwakafkan kepada MAIS ada plot tanah:

  • amenity=place_of_worship (pada plot tanah)
  • religion=muslim (pada plot tanah)
  • place_of_worship=musalla (pada plot tanah)
  • name=* (pada plot tanah)
  • building=yes (pada bangunan)
  • operator=Majlis Agama Islam Selangor (pada plot tanah)
  • jumua=yes/no (untuk solat Jumaat; alternative: service_times=Fr␣12:00-15:00 or service_times=jumua’a)

Untuk musolla2 seperti dalam shopping complex:

  • amenity=place_of_worship (pada node)
  • religion=muslim (pada node)
  • place_of_worship=musalla (pada node)